BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 25 December 2011

hidup kembali.

Setelah sekian lama,hati yang merindui seseorang telah terpadam.Munculnya dia buat seketika setelah lama ku tidak bersemuka dengannya,bukan tak nak,tetapi malu dan marah akibat perbuatanku sendiri.Aku mula mengenalinya masa aku di tingkatan 4.Semuanya begitu indah,tapi hubungan kami tidak direstui oleh orang lain.Aku hanya berdoa hubungan kami akan kekal selamanya,tetapi harapan itu musnah dan hancur kerana ia dihalang oleh kawan baikku sendiri dan adik beradikku yang ku gelar along and angah.Hidup aku memang indah ketika itu,kami cuma berbual mesra di dalam handphone kerna aku mempunyai berlainan identiti ketika bertemu atau di dalam fon.Sampai sekarang aku masih lagi sayang kat dia walaupun hidup aku bukan dengannya lagi.Serius,dalam ramai2 orang yang aku kenal.Aku masih lagi sayang kat dia.Kenapa jadi begini?Mungkin ini balasan tuhan terhadapku selepas aku mensia-sia kan hidupnya.Tetapi apakan daya,hidup perlu diteruskan juga,nak tak nak,aku haruslah menempuhi liku-liku hidup ini dengan penuh tabah dan aku berharap agar suatu hari nanti,dia akan tahu apa perasaan aku terhadapnya selama aku hidup di sisinya.

0 comments: